Isu DNB diputuskan minggu depan - PM Anwar

Iklan
Anwar

SHAH ALAM - Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tanpa memaklumkan butiran lanjut, beliau berkata, isu berkenaan akan dibincangkan dalam satu mesyuarat kelak.

Iklan
Iklan

"DNB akan diputuskan minggu depan...akan ada satu mesyuarat mengenainya,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen 25 Tahun PKR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini pada Ahad.

Semalam, DNB dalam kenyataan dengan tegas menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.

Iklan

Syarikat itu, menekankan bahawa proses tender dan perolehan pihaknya adalah mengikut struktur piawaian tadbir urus dan amalan terbaik yang paling ketat.

DNB menyatakan demikian bagi menjelaskan beberapa dakwaan mengelirukan yang dibuat oleh Channel News Asia (CNA) dalam sebuah artikel bertajuk ‘Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator’, yang diterbitkan pada 19 April dan kemudiannya dilaporkan oleh beberapa media lain. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!