Trump gesa Apple bantu akses data telefon pintar penembak Saudi
Iklan
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, semalam menggesa Apple membantu pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengakses data yang terdapat dalam dua telefon pintar iPhone, digunakan juruterbang Saudi yang terbabit dalam serangan di pangkalan tentera laut di Pensacola, Florida bulan lalu, lapor agensi berita Anadolu.
"Selama ini kami telah membantu Apple dalam perdagangan dan banyak isu lain, namun mereka masih enggan membantu kami mengakses data yang terdapat dalam telefon pintar digunakan oleh pembunuh, pengedar dadah dan jenayah lain.