Restoran di PCB kenakan caj mahal RM250 diberi notis
Iklan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengeluarkan notis ke atas sebuah restoran di Pantai Cahaya Bulan (PCB) di Kota Bharu selepas dipercayai mengenakan caj bayaran tidak munasabah iaitu RM250 pada Selasa.
KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengeluarkan notis ke atas sebuah restoran di Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini selepas dipercayai mengenakan caj bayaran tidak munasabah iaitu RM250 pada Selasa.
Pengarahnya, Azman Ismail berkata, tindakan itu diambil selepas seorang pengguna memuat naik kandungan berkait perkara tersebut sehingga tular di laman sosial.
Iklan
Iklan
"Hasil daripada pemeriksaan mendapati premis tersebut ada mempamerkan tanda harga, menyediakan menu dan juga penandaan dengan jelas terhadap jualan makanan dan minumannya," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Menurut beliau, pemilik premis berkenaan mengesahkan video yang tular itu adalah kedainya.
Iklan
Ujarnya, semasa soal siasat dijalankan pemilik memaklumkan bayaran makanan berjumlah RM250 itu adalah sebagaimana yang dipesan dan dibayar oleh pelanggan tersebut.
Azman memberitahu, pengiraan semula yang dilakukan oleh pasukan mendapati harga yang dikenakan dan dibayar mengelirukan.
Semasa soal siasat dijalankan pemilik memaklumkan bayaran makanan berjumlah RM250 itu adalah sebagaimana yang dipesan dan dibayar oleh pelanggan tersebut.
Iklan
"Semakan mendapati tiada sebarang resit dikeluarkan pada hari kejadian tersebut.
"KPDN telah mengeluarkan satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
"Maklum balas notis bertulis tersebut perlu diserahkan kembali kepada KPDN Kelantan mengikut masa yang ditetapkan.
"Notis tersebut bertujuan untuk menganalisis lanjut berkait harga yang dikenakan sama atau mencatut atau mengambil keuntungan yang tidak munasabah kepada pengguna," katanya.
Menurut Azman, sekiranya premis gagal atau tidak mengemukakan maklum balas tersebut tindakan kes diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Beliau berkata, ekoran daripada itu pemilik premis memohon maaf atas khilaf dan kekeliruan.
"KPDN akan menghubungi pengguna tersebut untuk berbincang lanjut ketidakpuasan hati dan menyelesaikan permasalahan yang timbul.
"Teguran dan amaran keras telah diberikan kepada peniaga agar penandaan tanda harga sentiasa dibuat dan dipamerkan dengan jelas serta memaklumkan kepada pengguna mengenai harga agar mereka dapat membuat pilihan sebelum berbelanja," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bukan lantikan politik, fokus kebajikan Orang Asli - Marina"><meta itemprop="description" content="Pelantikan Marina Ibrahim sebagai pegawai khas bagi membantu menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di Johor di Yayasan Sultan Ibrahim Johor bukan lantikan politik, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai itu berkata, tanggungjawab berkenaan diterima dengan penuh rasa rendah diri dan menyifatkannya sebagai amanah besar untuk memastikan kebajikan serta kepentingan masyarakat Orang Asli di negeri ini terus diberi perhatian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795046/edisi/johor/bukan-lantikan-politik-fokus-kebajikan-orang-asli---marina
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #OrangAsli #MarinaIbrahim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T06:09:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/e5O8s1gdGDyjEWlIL/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4dyye"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4dyye"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4dyye"></script>