Pelajar wanita UTHM Pagoh disamun, tiga lelaki diberkas

Iklan
Penuntut wanita bersama tiga rakannya disamun di kolej kediaman UTHM Pagoh, pada awal pagi Isnin. - Foto Polis Muar

MUAR - Tiga lelaki diberkas polis dalam tempoh 24 jam selepas melakukan jenayah samun ke atas penuntut wanita di kolej kediaman Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Pagoh, pada awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan dibuat mangsa mendakwa disamun dua lelaki tidak dikenali ketika berada di kolej kediamannya.

Iklan
Iklan

Jelasnya, dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa bersama tiga lagi rakannya berusia 19 hingga 24 tahun telah diacukan senjata tajam sebelum suspek mengambil barang berharga dan melarikan diri.

"Bertindak atas maklumat, seorang lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kes samun ditahan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Pagoh, pada jam 9 pagi.

Iklan

"Seterusnya pada jam 11.40 malam, dua lagi suspek ditahan di sebuah taman perumahan di Kulai.

Menurut Raiz Mukhliz, kesemua suspek berusia 20 hingga 22 tahun itu didapati positif dadah dan dua suspek mempunyai 27 dan 33 rekod jenayah lampau.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dan dikenakan hukuman sebat," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28