Bentang tilam di tempat penumpang belakang undang bahaya - JPJ

Iklan
Datuk Rospiagos Taha

SHAH ALAM - Tindakan segelintir pengguna kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membentangkan tilam mahu pun toto di bahagian penumpang belakang terutama yang berkeluarga semasa kenderaan bergerak adalah satu kesalahan dan mengundang bahaya.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Rospiagos Taha berkata, perlakuan tersebut membahayakan pemandu dan penumpang terutama kanak-kanak.

Iklan
Iklan

"Semua pemandu dan penumpang dewasa hendaklah duduk di kerusi ketika kenderaan bergerak.

"Tambahan pula, bermula Januari 2009, peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang telah dikuatkuasakan melalui Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) (Pindaan 2008)," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, bagi kanak-kanak dengan berat kurang daripada 36 kilogram atau ketinggian kurang daripada 136 sentimeter atau berumur kurang 12 tahun dikehendaki memakai kerusi keselamatan kanak-kanak ketika kenderaan bergerak.

Jelasnya, peraturan-peraturan itu dikuatkuasakan bagi mengurangkan impak dan menjamin keselamatan penumpang sekiranya berlaku kemalangan.

Iklan

Pada Isnin, tular gambar memaparkan kanak-kanak dalam sebuah MPV yang baring dengan beralaskan toto di bahagian penumpang belakang.

Berikutan itu, seorang individu telah membuat ulasan di media sosial X bahawa pendidikan keselamatan pengguna jalan raya masih di tahap rendah.

Dakwa pemilik akaun X Hezeri Samsuri, ibu bapa boleh dikenakan saman dan penjara jika berlaku kemalangan hingga akibatkan kematian kerana kelalaian itu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28