Anak gajah mati dilanggar kereta

Iklan
Seekor anak gajah mati dalam keadaan terbaring, menghalang satu jalan dua hala dipercayai dilanggar kereta.

GERIK - Seekor anak gajah mati dilanggar kereta di Kilometer 50 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat sini pada Ahad.

Kemalangan sekitar jam 8.30 malam itu dikatakan berlaku ketika anak gajah terbabit mahu melintas laluan secara tiba-tiba.

Iklan
Iklan

Keadaan itu mengakibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan X-Trail yang sedang melalui selekoh tidak sempat mengelak dan melanggar gajah tersebut.

Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan kepada pemandu dan penumpang.

Iklan

Insiden terbabit tular apabila rakaman berdurasi 1 minit 45 saat dikongsi di media sosial.

Menerusi video berkenaan, anak gajah terbabit mati di tempat kejadian dalam keadaan terbaring, menghalang satu jalan dua hala di situ.

Iklan

Turut kelihatan, serpihan peralatan dipercayai milik kenderaan yang melanggar anak gajah tersebut, bertaburan di atas jalan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood memaklumkan ada menerima laporan kejadian itu.

"Maklumat lengkap sedang disiapkan untuk makluman media," katanya.