Gaji penjawat awam tidak terlalu rendah

Iklan
Mohd Khairul Adib (dua dari kiri) ketika menjadi panel Wacana yang ke-149 bertajuk Perkhidmatan Awam: Beban Tugas Vs Pendapatan di Dewan Karangkraf. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR.

SHAH ALAM - Tidak timbul isu gaji penjawat awam terlalu rendah jika dibandingkan dengan sektor lain kerana kumpulan tersebut turut menerima pakej berupa elaun dan kemudahan-kemudahan yang disediakan kerajaan.

Malah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata, terdapat gaji di bawah skim perkhidmatan awam hampir setara dengan sektor swasta.

Iklan
Iklan

Katanya, jangan hanya melihat kepada gaji penjawat awam semata-mata, tetapi lihat kepada pakej yang datang bersama gaji itu seperti imbuhan tetap atau elaun berubah.

"Kita kena lihat juga manfaat diterima mereka bukan sahaja elaun tetapi kemudahan-kemudahan lain di mana mereka mendapat cuti untuk belajar, perubatan, pakaian seragam dan lain-lain lagi. Satu lagi komponen yang jarang dibincangkan iaitu selepas mereka tamat perkhidmatan.

Iklan

"Kerajaan bertanggungjawab menyediakan kemudahan kepada penjawat awam yang telah menamatkan perkhidmatan atau bersara dengan memberikan pencen sepanjang hayatnya. Bila mana hayatnya habis, pasangannya menerima manfaat itu. Kalau ada anak yang berusia bawah 21 tahun mereka akan menerimanya atau bagi yang meneruskan pelajaran, pencen ini akan diterima anak sehingga usia 24 tahun," katanya pada Wacana Sinar Harian Siri ke-149 bertajuk Perkhidmatan Awam: Beban Tugas VS Pendapatan di Dewan Karangkraf di sini hari ini.

Beliau turut mengakui beban tugas yang dipikul kakitangan awam di beberapa skim perkhidmatan agak berat sehingga ada yang tidak sempat pulang ke rumah.

Iklan

"Kita jangan hanya tengok kepada tugas penjawat awam yang biasa kerana kalau di Tambak Johor, ada kakitangan awam di sana tidak sempat balik ke rumah untuk rehat.

"Begitu juga mereka yang bertugas di pusat kawalan trafik udara. Kalau kita lihat lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada waktu puncak, pegawai imigresen duduk di kaunter sehingga tak sempat nak ke tandas.

"Ada masa beban itu memang berat. Ini bukan sahaja penjawat awam tetapi ia menyeluruh bagi mana-mana sektor," katanya.

Jelasnya, selain manfaat yang diterima sendiri oleh kakitangan awam, ahli keluarga seperti ibu bapa mereka juga menerimanya.

"Ini jarang kita jumpa pada mana-mama skim. Daripada sudut pendapatan itu satu elemen tetapi kita perlu melihatnya secara menyeluruh apa yang diterima oleh penjawat awam itu," katanya.