757 kebakaran hutan, terbuka di Kelantan
Iklan
Kejadian kebakaran yang berlaku di Kelantan pada musim panas. Foto JBPM Kelantan
KOTA BHARU - Kelantan mencatat sejumlah 757 kebakaran hutan dan terbuka pada tahun ini setakat 13 April.
Penolong Pengarah Operasi Negeri, Penguasa Kanan Bomba II, Mohd Wildan Azhari, berkata, jumlah itu merangkumi kebakaran kebun atau ladang sebanyak 13 kes, hutan (48) dan hutan gambut (13).
Bomba yang melihat tempat kejadian kebakaran hutan. Foto JBPM Kelantan
Iklan
Iklan
"Tahun ini sehingga 13 April, kebakaran melibatkan belukar dan lalang paling tinggi iaitu 582 kes diikuti sampah 101 kes.
"Jumlah kebakaran juga tinggi dalam tempoh cuaca panas dan kemarau apabila mencatatkan keseluruhan 239 kes kebakaran hutan dan terbuka hanya dalam tempoh lapan hari bermula 4 hingga 11 April,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini, pada Ahad.
Pemandangan kebakaran hutan yang berlaku di Kelantan. Foto JBPM Kelantan
Iklan
Menurut beliau, pihaknya mengenal pasti sebanyak 39 lokasi panas kebakaran terbuka di seluruh negeri ini membabitkan 12 lokasi di Pasir Puteh, Bachok (8) dan masing-masing enam di Pasir Mas, Kota Bharu serta Gua Musang.
Katanya, dalam tempoh itu juga sebanyak 1,113 panggilan kecemasan kebakaran diterima dan pihak bomba sentiasa bersiap siaga termasuk memastikan jentera, peralatan dalam keadaan baik serta bersedia untuk digunakan.
Iklan
"Bomba melakukan rondaan di lokasi panas, memberi nasihat kepada orang awam dan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk maklumat serta penguatkuasaan undang-undang.
"Kami juga mengawal cuti anggota dan memastikan kesihatan serta
kebajikan mereka terjaga semasa bertugas dalam pemadaman kebakaran terbuka,” katanya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.