Tentera Israel tembak jatuh dron Iran

Iklan
Letupan kuat kedengaran selepas sistem pertahanan udara menembak jatuh objek yang terbang di langit bandar itu. - Foto X/@Sprinterfactory

BAITULMAQDIS - Israel membunyikan siren awal pagi Ahad bagi memberi amaran kepada penduduk di Baitulmaqdis untuk berlindung.

Letupan kuat turut kedengaran selepas sistem pertahanan udara menembak jatuh objek yang terbang di langit bandar itu.

Iklan
Iklan

Sementara itu, pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan telah menembak jatuh dron Iran yang menuju ke Israel, lapor CBS News.

Dalam pada itu, Iran berkata, negara itu akan menggunakan Artikel 51 daripada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam serangannya ke atas Israel.

Iklan

Ini bermakna Iran tidak akan melancarkan serangan baharu, namun memberi amaran akan bertindak balas jika terdapat campur tangan AS.

Artikel 51 daripada Piagam PBB itu menyatakan mana-mana negara ahli mempunyai hak untuk mempertahankan diri jika serangan berlaku. - Awani

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28