PM ucap selamat tahun baharu kepada masyarakat Tamil, Sikh

Iklan
Perdana Menteri mengucapkan selamat menyambut Hari Vaisakhi dan Tahun Baharu Tamil kepada semua masyarakat Sikh dan Tamil di negara ini.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Hari Vaisakhi dan Tahun Baharu Tamil kepada semua masyarakat Sikh dan Tamil di negara ini.

Menerusi catatan Facebook rasminya, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, sambutan berkenaan diharap mengeratkan lagi hubungan pelbagai etnik di Malaysia.

Iklan
Iklan

"Saya mendoakan semoga tahun ini akan terus membawa sinar keceriaan dan kesejahteraan kepada mereka yang meraikannya.

"Terus semarakkan semangat perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan negara kita," katanya pada Sabtu.

Iklan

Hari Vasakhi menandakan permulaan musim menuai mengikut kalendar masyarakat Punjabi dan Sikh.

Sementara itu, Chithirai Puthandu iaitu Tahun Baharu bagi kaum Tamil disambut setiap tahun pada hari pertama dalam kalendar matahari Tamil.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28