Media perlu tampilkan gambaran menyeluruh isu pelarian

Iklan
Penasihat Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub (tengah) bergambar bersama wakil media dan penerbitan ketika hadir pada program Sesi Meja Bula CMCF di Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.

SHAH ALAM - Media perlu memberikan konteks yang menyeluruh dalam laporan mengenai pelarian, termasuk kesukaran golongan berkenaan mendapatkan pendaftaran dan akses kepada pendidikan.

Pegawai Kanan Program Asia Pasifik Gabungan Tahanan Antarabangsa, Hannah Jambunathan berkata, laporan mengenai pelarian bukan sahaja perlu menyampaikan fakta sesuatu kejadian, malah wajar mengambil kira aspek empati dan mematuhi etika kewartawanan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penerangan mengenai situasi lebih besar yang dihadapi golongan berkenaan penting bagi membantu masyarakat memahami isu itu dengan lebih mendalam.

“Media juga perlu menjelaskan situasi lebih besar yang dihadapi golongan berkenaan, termasuk kesukaran mendapatkan pendaftaran dan akses kepada pendidikan,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Farah Hussamuddin (tengah) bergambar bersama wakil media dan penerbitan ketika hadir pada program Sesi Meja Bula CMCF di Karangkraf pada Rabu.

Tambah beliau, kerjasama antara media dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga perlu diperkukuh bagi memastikan sesuatu isu dilaporkan secara tepat dan menyeluruh, selain membantu menangani penyebaran maklumat palsu.

Iklan

Sesi Meja Bulat Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) Bersama Media dan Penerbitan yang berlangsung pada Rabu membincangkan isu berkaitan industri media dan peranan pengamal media dalam memastikan penyampaian maklumat yang tepat serta beretika.

Sesi berkenaan menghimpunkan wakil media, bilik berita, NGO, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli.

Adrian Pereira

Sementara itu, Pengarah Eksekutif North-South Initiative (NSI), Adrian Pereira berkata, media mempunyai akses kepada sumber rasmi yang dapat membantu mendapatkan maklumat dengan lebih cepat, terutama apabila sesuatu isu memerlukan perincian segera.

Menurut beliau, media juga perlu mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak, termasuk kerajaan, NGO dan agensi lain bagi memastikan laporan berita merangkumi sudut pandang yang berbeza.

“Apabila berita dan data diperlukan dengan segera, kami banyak bergantung kepada pengamal media. Kalau mahu menunggu sesi soal jawab di Parlimen, ia bergantung pada persidangan dan jadual tertentu, jadi proses itu mungkin agak lambat.

Mohd Shafik Sharif

“Dalam masa sama, pihak media perlu mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak, bukan sahaja kerajaan, tetapi juga badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi lain.

“Melalui usaha itu, laporan berita akan menjadi lebih menyeluruh dan merangkumi pelbagai sudut pandang yang mungkin terlepas pandang. Oleh itu, kerjasama antara pelbagai pihak sangat penting,” ujarnya.

Dalam pada itu, Penolong Setiausaha Suhakam, Mohd Shafik Sharif berkata, media berperanan melaporkan isu hak asasi manusia secara lebih beretika, terutama apabila melibatkan kanak-kanak dan golongan rentan.