Kekal silaturrahim walaupun berbeza agama
Iklan
Kehadiran saudara maranya yang berbeza agama tidak halang erat silaturahim.
REMBAU - Mempunyai keluarga yang menganuti agama berbeza bukanlah penghalang sebuah keluarga di sini berkumpul bersama bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Malah pendirian Ismail Abdullah,39, memeluk Islam pada 2008 itu dihormati ahli keluarganya yang beragama Buddha dan Kristian selain sentiasa mendoakan yang terbaik buat kesejahteraan mereka.
Iklan
Iklan
"Alhamdulillah 16 tahun sudah saya memilih Islam, bagi saya begitu indah tiada perkataan yang dapat saya ungkapkan dan dalam tempoh itu juga ahli keluarga tetap menyokong serta saling mengekalkan persaudaraan yang ada ini.
Ujarnya, mereka dapat berkongsi pelbagai kisah dan kemeriahan itu akan terus menjadi kenangan bermakna buatnya sekeluarga.
Iklan
Ismail bersama keluarganya berpakaian sedondon.
Menceritakan mengenai permulaannya memilih Islam, Ismail berkata, segalanya bermula di bangku sekolah, tambahan kebanyakan rakannya ramai beragama Islam sekali gus lebih mudah faham mengenai agama berkenaan.
"Sebelum itu saya pernah bermimpi seorang lelaki memakai jubah seolah-olah memberi gambaran tentang Islam, maka hati saya lebih teruja untuk mengetahui lebih dalam mengenai Islam.
Iklan
"Pada mulanya mak saya terkejut juga tetapi saya terangkan mengenai niat dan tujuan saya memeluk Islam akhirnya dia faham. Apa sahaja yang saya lakukan mak adalah keutamaan saya. Dia orang pertama yang akan saya maklumkan.
"Selain itu, pendirian saya ini (memilih Islam) mendorong saya menerokai dan belajar sehingga ke peringkat doktor falsafah, di UiTM Kuala Pilah dalam bidang pengajian Islam," katanya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>