Berhemah urus kewangan, elak defisit akhir musim perayaan - AKPK
Iklan
Orang ramai khususnya umat Islam yang meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri dinasihatkan supaya bijak menguruskan kewangan bagi mengelak berlakunya defisit pada akhir musim perayaan.
KUALA TERENGGANU - Orang ramai khususnya umat Islam yang meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri dinasihatkan supaya bijak menguruskan kewangan bagi mengelak berlakunya defisit pada akhir musim perayaan.
Ketua Cawangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Terengganu, Junainah Ahmad Esa berkata, situasi itu dikhuatiri berlaku disebabkan pertembungan perbelanjaan tiga serangkai melibatkan awal musim persekolahan, Ramadan dan Syawal.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ketiga-tiga senario itu sudah pasti memerlukan pengurusan kewangan yang lebih teliti supaya sumber kewangan yang ada dapat diuruskan dengan baik serta mengikut prinsip keutamaan dalam Islam.
"Tahun ini agak unik kerana Ramadan bermula selang tidak berapa lama selepas pembukaan sesi persekolahan 2024 disusuli sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Iklan
"Di sana sini, tidak kira di pusat-pusat membeli belah dimeriahkan dengan promosi jualan pakaian dan kuih muih hari raya. Tidak kurang juga promosi berbuka puasa di restoran dan hotel-hotel di seluruh negara.
"Bazar- bazar Ramadan yang dibuka di merata pelosok kawasan menjual pelbagai aneka makanan dan minuman yang tidak terhingga banyaknya sudah tentu akan mempengaruhi perbelanjaan seharian kita," katanya.
Iklan
Sehubungan itu, Junainah menyatakan formula S.A.H.U.R dapat dijadikan panduan dalam pengurusan kewangan berhemah sekali gus dapat membimbing masyarakat dalam membuat keputusan.
"Maksud untuk singkatan bagi formula tersebut ialah susun keutamaan perbelanjaan (S), adakan perbincangan harmoni keluarga (A), hadkan perbelanjaan (H), urus hutang (U) dan rancang perbelanjaan (R).
"Terdapat pendekatan lain untuk menampung perbelanjaan iaitu dengan menambah sumber kewangan sedia ada.
"Kita boleh mencari pendapatan tambahan sebelum tiba musim perayaan dengan menjual barangan terpakai (pre loved), menyediakan perkhidmatan, atau mencari pekerjaan sambilan.
"Selain itu, menjadi ejen menjual biskut dan pakaian raya juga boleh dilakukan kerana ia merupakan permulaan untuk peluang perniagaan pada masa depan," ujarnya.
Di samping itu, Junainah memberitahu, borang taksiran cukai pendapatan boleh dihantar lebih awal kerana sekiranya terdapat wang cukai yang terlebih bayar, ia boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan tambahan persekolahan anak-anak atau digunakan untuk perbelanjaan Ramadan dan Syawal.
"Apapun, harus diingat bahawa ini hanyalah langkah tambahan. Pastikan perbelanjaan dirancang berdasarkan sumber pendapatan sedia ada dan bukan pendapatan tambahan yang belum tentu.
"Dengan mengamalkan lima langkah S.A.H.U.R. yang telah diterangkan, kita bukan sahaja dapat mencapai kejernihan dan ketenangan minda dalam menentukan hala tuju perbelanjaan yang betul, kita juga dapat berjimat sehingga ada lebihan wang dan bukan defisit di akhir musim perayaan,"katanya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.