PNB rai anak yatim berbuka puasa

Iklan
Raja Arshad (dua dari kiri) dan Rick Ramli menyampaikan sumbangan kepada penerima pada majlis berbuka puasa yang diadakan di Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118 baru-baru ini,

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Berhad (PNB) meraikan kira-kira 150 anak yatim daripada tiga rumah kebajikan bertempat di Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118 baru-baru ini.

PNB dalam satu kenyataan memaklumkan tiga rumah kebajikan terlibat adalah Pertubuhan Anak Yatim & Miskin Rumah Sungai Pinang, Asrama Damai Anak-anak Yatim Kuang dan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera.