Kes cabul: Jabatan Peguam Negara putuskan tiada pendakwaan terhadap Anwar

Iklan
ANWAR

PUTRAJAYA - Jabatan Peguam Negara memutuskan tiada pendakwaan berhubung dakwaan serangan dengan niat hendak mencabul kehormatan oleh seorang ahli politik ke atas pembantunya pada 2 Oktober 2018.

Biarpun tidak menamakan individu tersebut tetapi difahamkan ia merujuk kepada kes akaun bersumpah (SD) dan laporan polis, bekas penyelidik Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhammed Yusoff Rawther berhubung dakwaan serangan seksual oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan
Iklan

Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan kertas siasatan yang diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihaknya mendapati terdapat percanggahan fakta yang material yang tidak dapat menyokong sebarang pendakwaan mana-mana orang di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan atau mana-mana seksyen lain di bawah kanun sama.

"Kami juga mendapati tidak terdapat cukup keterangan untuk membuat pertuduhan mengenai laporan-laporan polis yang dibuat berdasarkan keterangan-keterangan yang ada dalam kertas siasatan.

Iklan

"Dalam hal keadaan yang sedemikian, kami bersetuju dengan saranan PDRM supaya kes ini ditutup. Selaras dengan amalan biasa, penyiasatan akan dibuka sekiranya dan apabila terdapat keterangan baharu," katanya hari ini.

Mohammed Yusoff pada 7 Disember tahun lepas telah membuat laporan polis dengan melampirkan satu SD yang mendakwa bahawa Anwar telah cuba untuk menyerang dengan niat hendak mencabul kehormatannya di kediaman persendirian Presiden PKR itu pada 2 Oktober 2018.

Iklan

Anwar sebelum itu pada 5 Disember turut membuat laporan polis menafikan dakwaan tersebut selepas mengetahui tentang SD Yusoff.

Berdasarkan kepada kedua-dua laporan polis itu, PDRM telah menjalankan penyiasatan menyeluruh bagi mengumpul keterangan bagi menentukan sama ada terdapat kesalahan yang dilakukan di bawah Kanun Keseksaan.

Mengulas lanjut, Engku Nor Faizah turut menjelaskan bahawa sejak daripada awal lagi Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas telah menarik diri daripada membuat apa-apa pertimbangan berhubung kes tersebut kerana mempunyai hubungan dengan Anwar sejak 1990-an.

"Ia selaras dengan kenyataan media bersama bertarikh 2 Ogos 2018 yang saya keluarkan dengan mantan Peguam Cara Negara II berhubung peranan Peguam Negara dalam perkara yang mengenai beliau mungkin terlibat sebelum ini.

"Oleh demikian, satu pasukan saya telah amanahkan untuk mengkaji keterangan dan selanjutnya membuat keputusan mengenainya," katanya.