Persiapan akhir sambut Aidilfitri, orang ramai banjiri Jalan TAR
Iklan
KUALA LUMPUR - Berbaki beberapa hari menjelang sambutan Aidilfitri, Jalan Tuanku Abdul Rahman atau lebih dikenali Jalan TAR sesak dibanjiri orang ramai untuk membeli persiapan menyambut perayaan tersebut.
Tinjauan Sinar Harian pada malam Sabtu mendapati, orang ramai mengambil kesempatan memanfaatkan cuti hujung minggu ini untuk mencari barangan keperluan hari raya.