Tangguh belajar kerana leukemia
Iklan
Noraqilah (duduk di kerusi) ketika diziarahi Manickam (kiri).
BAHAU - Hasrat seorang gadis untuk meneruskan pengajiannya dalam jurusan Diploma Pengurusan Industri Halal terpaksa ditangguhkan akibat masalah kesihatan selepas disahkan menghidap leukemia.
Noraqilah Mohd Yusof, 21, disahkan menghidap leukemia pada November 2017 bagaimanapun akur akan keadaan itu.
Iklan
Iklan
Menurut bapanya, Mohd Yusof Basri, 51, anaknya itu memerlukan rawatan susulan di Hospital Ampang, seminggu sekali.
"Pengajiannya berbaki dua semester lagi dan hujung Januari ini sekali lagi kita terpaksa membuat permohonan penangguhan pengajian akibat kesihatannya tidak memuaskan.
Iklan
"Pada peringkat awal, anak saya dimasukkan ke Hospital Ampang kerana demam berterusan, bagaimanapun kemudiannya disahkan doktor menghidap leukemia.
"Kami sekeluarga reda namun masih berharap dia akan sihat sepertimana sebelumnya dan meneruskan pengajiannya,” katanya yang tinggal di Taman Bahau, di sini.a
Iklan
Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan Adun Jeram Padang, Datuk L Manickam dan Wanita Umno Cawangan Taman Bahau.
Sementara itu, Manickam berkata, beliau yakin Noraqilah seorang gadis yang berjiwa positif.
"Dalam keadaan seperti ini, sokongan orang ramai diperlukan selain dapat membantu meringankan beban yang ditanggung,” katanya.
Orang ramai yang sudi membantu boleh menyumbang terus ke akaun bank CIMB milik Noraqilah, 05110000841204.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>