Jangek Dr Dina jadi rebutan
Iklan
Dr Nordina (tengah) menyediakan juadah jangek di tapak Bazar Ramadan Lubok China.
ALOR GAJAH - Seorang doktor di sebuah klinik swasta mengambil peluang memeriahkan jualan bazar Ramadan di Lubok China di sini, dengan menjual juadah jangek atau kulit kaki lembu.
Dr Nordina Abd Latif, 43, atau lebih dikenali sebagai Dr Dina berkata, walaupun pertama kali berniaga di bazar, namun sambutan yang diterima begitu memberangsangkan terutama bagi penggemar kaki lembu masak lemak cili padi dengan rebung.
Iklan
Iklan
Menurutnya, biarpun agak rumit untuk dihasilkan, namun setiap hari dibantu dua saudara dia akan memasak sendiri juadah tersebut di tapak bazar dengan menggunakan kira-kira lima hingga 10 kilogram kulit lembu setiap hari.
Jangek dijual pada harga RM10 satu bekas.
Katanya, mendapat bekalan jangek dari Segamat, Johor dan kaki lembu yang telah disalai atau dijemur akan dihiris kecil sebelum dimasak bersama rebung serta belimbing buluh bagi menambah rasa.
Iklan
"Selain memberi kelainan kepada pengunjung bazar ia juga dapat membantu penduduk tempatan di mana bahan asas seperti jangek juga memerlukan belimbing buluh, cili api dan santan yang dijual penduduk," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.
Dia yang berasal dari Seri Kendong, Negeri Sembilan berkata, seawal jam 3 petang orang ramai telah mula mendapatkan juadah itu yang dijual pada harga RM10 bagi satu bekas.
Iklan
Jangek rasanya lebih kenyal dan berlemak berbanding daging.
Ujarnya, turut menjual beberapa juadah lain bersama saudaranya yang merupakan pengusaha Restoran Sinar Kembali di Lubok China.
"Antara juadah yang terdapat di gerai kami termasuk asam pedas dan ayam masak lemak cili padi.
"Secara tidak langsung dapat mempromosikan masakan tradisi yang terkenal dalam kalangan orang Negeri Sembilan," katanya yang merupakan pemilik Klinik Sayang Masyarakat di Lubok China.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.