[DIKEMAS KINI] HUKUMAN penggantungan selama dua tahun daripada menyertai sebarang kejohanan yang dikenakan ke atas Ngu Jia Xin dikekalkan selepas atlet lompat tinggi kebangsaan itu gagal menghadiri prosiding rayuan pada 18 Mac lepas.
Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), Azura Abidin berkata, tiada panggilan kedua akan dibuat kepada atlet wanita berkenaan yang disahkan positif doping pada Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Februari tahun lepas.