Saaran sedia gempur misi pulihkan maruah bola sepak negara

Iklan
Saaran (kiri) akan membantu Ab Ghani (tengah) memperkasakan FAM. Turut kelihatan Naib Presiden 1, Datuk Seri Rosmadi Ismail. Foto FB FAM

BARISAN kepimpinan baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu bergerak sebagai satu pasukan bagi mengembalikan semula martabat dan imej bola sepak negara.

Naib Presiden 3 FAM yang baharu, Datuk N Saaran bersedia memberikan sokongan sepenuhnya kepada Presiden, Datuk Ab Ghani Hassan dalam merealisasikan usaha berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, komitmen dan tenaga setiap anggota kepimpinan amat diperlukan bagi memastikan perubahan serta kemajuan yang dirancang dapat dilaksanakan.

Saaran memenangi jawatan itu pada Kongres Luar Biasa Kedua FAM 2026 setelah memperoleh 18 undi untuk menewaskan pencabarnya, Afizal Abu Othman yang mendapat tujuh undi.

Iklan

Kemenangan itu menyaksikan Saaran menjadi antara anggota kepimpinan baharu yang akan membantu Ab Ghani mengemudi FAM dalam tempoh penggal semasa.

Ab Ghani sebelum ini turut menyatakan hasrat untuk mengembalikan keyakinan terhadap FAM selain memastikan badan induk itu kembali berada pada landasan lebih kukuh.

Iklan

Saaran percaya kerjasama erat dalam kalangan kepimpinan baharu penting bagi memastikan usaha memperbaiki pentadbiran serta hala tuju bola sepak negara dapat digerakkan secara bersama.