'Setiap MB Johor punya pendekatan tersendiri'
Iklan
Mohamed Khaled (tengah) bersama penerima dalam Program Bantuan Khas Persekolahan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) di Dewan Muafakat Taman Dahlia, Pasir Gudang, pada Sabtu
PASIR GUDANG - Setiap Menteri Besar Johor mempunyai cara dan pendekatan sendiri dalam menangani masalah kesesakan di Tambak Johor.
Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mereka akan mencari jalan terbaik dalam menyelesaikannya untuk kepentingan rakyat.
Iklan
Iklan
"Setiap menteri besar ada pendekatan masing-masing dan akhirnya dalam setiap pilihan raya rakyat akan tentukan betul atau tidak betul," katanya yang juga Menteri Pertahanan mengulas usaha dilakukan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam menyelesaikan masalah kesesakan di Tambak Johor.
Pada Ahad, Onn Hafiz dalam satu hantaran dalam Facebook meluahkan rasa kecewa apabila 13 kaunter di laluan kereta di Tambak Johor tidak dibuka kepada orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan sehari sebelum itu.
Iklan
Pada Rabu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM), Ajeet Singh Gurbax Singh memuji usaha Onn Hafiz yang sering turun padang dan melawat Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri.
Bagaimanapun katanya, Onn Hafiz juga perlu memberi tumpuan kepada isu rakyat khususnya membabitkan golongan B40.
Iklan
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Abdul Rahman Mohd Nordin pula menggesa sebarang teguran kepada penjawat awam perlu dibuat secara berhemah tanpa terlalu diuar-uarkan dalam media sosial.
Menurut Abdul Rahman, tujuannya bagi mengelak timbul situasi sehingga tidak menggambarkan situasi sebenar.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.