KUALA LUMPUR - Malaysia mengalu-alukan langkah-langkah tambahan yang diputuskan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 28 Mac 2024 bagi kes berkenaan Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Gaza.
Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata, biarpun Resolusi 2728 (2024) diterima pakai pada 25 Mac tahun ini, Israel tetap meneruskan operasi ketenteraannya di seluruh Gaza dan menyebabkan lebih banyak kematian orang awam, kemusnahan bangunan kediaman dan infrastruktur serta mengakibatkan penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal.