[VIDEO] 7,000 bungkus nasi beriani habis tak sampai sejam

Iklan

IPOH - Sebanyak 7,000 bungkus nasi beriani habis diedarkan tidak sampai satu jam dalam program 'Briyani Day' di Masjid Sultan Idris Shah II di sini pada Khamis.

Hidangan istimewa itu diedarkan secara percuma kepada komuniti setempat anjuran Persatuan India Muslim Perak (PRIM) dengan kerjasama jawatankuasa masjid.

Iklan
Iklan
Orang ramai telah mula beratur dan menunggu meskipun edaran bungkusan dijadualkan bermula jam 4 petang.

Tinjauan mendapati, seawal jam 2.30 petang, orang ramai telah mula beratur dan menunggu meskipun edaran bungkusan dijadualkan bermula jam 4 petang.

Pengerusi PRIM, Mohamed Arib Aliah berkata, hidangan tersebut disediakan secara gotong-royong menggunakan lebih 800 kilogram beras dan 800 ekor ayam.

Iklan

"Proses memasak kemudiannya dimulakan pada jam 6 pagi menggunakan 24 periuk besar dan siap pada jam 12 tengah hari," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Khamis.

Sebanyak 7,000 bungkus nasi beriani habis diedarkan tidak sampai satu jam dalam program 'Briyani Day' di Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh pada Khamis.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Masjid Sultan Idris Shah II yang juga Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Zaki Mahyudin.

Iklan

Mohamed Arib berkata, pemberian nasi beriani itu merupakan tradisi PRIM sejak lapan tahun lalu sebagai tanda berkongsi rezeki dengan orang ramai.

"Dulu edaran dibuat di Masjid India Muslim dengan agihan awal hanya 1,000 bungkusan. Alhamdulillah dengan rezeki yang ada, kita dapat tambah edaran kepada 5,000 dan seterusnya 7,000 bungkusan.

Imam Besar Masjid Sultan Idris Shah II, Abd Farid Salleh turut mengagihkan edaran nasi beriani kepada orang ramai.

"Hari ini memang ramai kerana kali pertama kita buat pada cuti umum (Nuzul al-Quran), selalunya agihan pada hari bekerja," katanya.

Sementara itu, pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO), Ikmal Aiman Zamsuriosman, 23, berkata, edaran nasi beriani percuma itu merupakan inisiatif yang baik membantu menyediakan juadah berbuka kepada mereka yang memerlukan.

Ikmal Aiman (tiga dari kanan) bersama rakan-rakan turut tidak ketinggalkan mendapatkan bungkusan nasi beriani yang diedarkan secara percuma dalam program 'Briyani Day' di Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh pada Khamis.

"Saya dapat tahu program ini sejak minggu lepas lagi dan memang dah rancang nak datang dengan rakan-rakan lain.

"Kalau kat luar, harga nasi beriani agak mahal kami pelajar mungkin tak mampu, kena berjimat cermat," katanya.

Raihan Hassan, 51, dari Temoh Stesen pula sanggup beratur panjang untuk mendapatkan bungkusan nasi beriani buat pertama kali.

Mohamed Arib (kanan) menunjukkan hidangan nasi beriani yang siap dimasak dalam program 'Briyani Day' di Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh pada Khamis.

"Kebetulan saya datang Ipoh berjumpa adik-beradik, jadi saya datanglah sini, mereka kata nasi beriani di sini sedap," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!