Rezeki ikan talang awal pagi
Iklan
Kumpulan Tanjung Angler Fish Hunter merakam gambar bersama sebahagian hasil tangkapan di muara Tanjung.
KUALA TERENGGANU - Ikan talang yang 'bermain' di muara sungai Terengganu menjadi limpahan rezeki buat kaki pancing terutama ketika air laut mulai surut.
Ikan talang atau queenfish (leatherjacket) dipercayai terdapat di muka Kuala Tanjung selepas mengikut arus air laut yang memasuki kawasan itu.
Iklan
Iklan
Peluang keemasan itu tidak dilepaskan oleh pemancing dari Grup Tanjung Angler Fish Hunter yang berada di kawasan itu seawal jam 7 pagi untuk mencuba nasib bagi mendapatkan spesies ikan air masin tersebut.
Sebanyak lima ekor ikan talang dianggarkan seberat lebih 30kg berjaya dinaikkan pemancing dari kumpulan itu, semalam.
Iklan
Seorang pemancing, Saiful Nizam Jusoh, 38, dari Kampung Panji di sini berkata, ikan talang seberat 4.5kg yang menyambar umpannya jam 8 pagi, semalam menjadi ikan pertama dinaikkannya tahun ini.
Menurutnya, ikan bersaiz besar yang lazim diperoleh di tengah laut itu akan menghampiri kawasan itu bermula Januari hingga April dan berpotensi untuk memakan umpan seawal jam 7 hingga 10 pagi.
Iklan
"Uniknya ikan spesies talang ini hanya masuk ke muka kuala di kawasan tanjung di sini apabila air pasang pada sebelah malam.
"Jadi, waktu paling sesuai untuk memancing ikan ini pada sebelah pagi ketika air mulai surut dan ikan-ikan ini mengikut arus untuk kembali ke laut," katanya ketika ditemui di muara Sungai Terengganu dekat Kampung Tanjung di sini semalam.
Saiful Nizam mendaratkan ikan talang raya seberat 4.5kg di muka kuala Tanjung, di sini semalam.
Saiful Nizam berkata, keseronokan 'menjinak' ikan talang ialah ikan itu akan melompat ke permukaan air sebaik menangkap umpan.
"Ada beberapa spesies ikan yang akan muncul ke permukaan air sebaik memakan umpan antaranya ikan talang, dorado (belitung), layaran dan suji.
"Macam di Tanjung, walaupun memancing dari darat, kita dapat naikkan ikan itu dan boleh tahu umpan mengena apabila ikan itu melompat ke permukaan air.
"Di tempat lain, boleh juga dapatkan ikan ini tetapi biasanya pemancing perlu turun ke tengah laut," katanya yang pernah berjaya menaikkan talang seberat lebih 9kg, dua tahun lalu.
Sementara itu rakannya, Wan Mohd Fauzi Wan Ngah, 33, dari Kampung Tanjung Nesan Empat di sini turut berpuas hati dengan talang seberat 4.4kg yang diperolehnya semalam.
Katanya, ikan daripada jenis talang raya atau nama saintifiknya scomberoides commersonnianus yang enak dimasak gulai bersama nanas itu adalah yang pertama didaratkan tahun ini.
"Ikan talang yang diperoleh pada jam 8.40 pagi ini guna umpan sotong tiruan.
"Umpan jenis ini lazimnya digunakan dalam kalangan kaki pancing grup Tanjung Angler Fish Hunter kerana ia direka khas dan tiada di pasaran," katanya.
Wan Mohd Fauzi berjaya menaikkan ikan talang raya seberat 4.4kg.
Wan Mohd Fauzi berkata, dia pernah mendaratkan enam ekor talang sejak lima tahun berjinak dengan hobi memancing.
"Tahun lepas saya berjaya naikkan dua ekor talang dan tahun ini, ini yang pertama sebab baru pertama kali turun memancing.
"Saya amat berpuas hati apabila berjaya mendaratkan ikan ini walaupun pada awalnya terpaksa bertaruh nasib," katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor