Mekanik direman bantuan siasatan kes khianat kereta ADUN

Iklan
Dua kereta milik ADUN Indera Kayangan rosak akibat kes khianat. Foto YB Peghelih

KANGAR - Seorang mekanik motosikal yang dipercayai melakukan perbuatan khianat terhadap dua kereta milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling semalam direman empat hari bermula hari ini bagi melengkapkan siasatan kes itu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, perintah reman terhadap lelaki berusia 36 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim selepas menerima permohonan polis di Mahkamah Majistret Kangar.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan (mekanik motosikal) dipercayai suka mengganggu pengadu (Ay Ling) melalui panggilan telefon dan mesej WhatsApp,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media melaporkan lelaki yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor itu ditahan di tempat kerjanya di sebuah bengkel motosikal di sini kira-kira 4 petang semalam.

Iklan

Dalam laporan itu, Yusharifuddin dipetik sebagai berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada Ay Ling pada 9.22 pagi semalam menyatakan kereta jenis Nissan Grand Livina miliknya retak pada cermin sebelah kiri pemandu manakala sebuah lagi kereta jenis Toyota Altis kemek pada bahagian fender sebelah kanan pemandu.

Ay Ling juga merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perlis. - Bernama

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28