Belukar berhampiran Jambatan Angkat terbakar

Iklan
Belukar berhampiran Jambatan Angkat, Seberang Takir terbakar. Foto media sosial

KUALA NERUS - Sebahagian daripada kawasan belukar berhampiran Jambatan Angkat, Seberang Takir, dekat sini terbakar pada malam Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kota, Yahaya Hanapi @ Nasir berkata, seramai enam anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.14 malam.

Iklan
Iklan

"Jadi anggota bomba menggunakan air tangki pam jentera untuk kerja-kerja pemadaman kebakaran bagi mengelak api daripada merebak," katanya.

Beliau berkata, api itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 8.53 malam.

Iklan

"Anggota bomba turut membuat membuat pemeriksaan sekitar kawasan terbakar untuk memastikan tiada lagi punca api yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran semula.

"Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," ujarnya.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!