APMM tahan kapal tangki, bot nelayan
Iklan
Kapal tangki yang ditahan APMM di perairan Timur Johor dekat Tanjung Penyusop Kota Tinggi, kelmarin.
KOTA TINGGI - Sebuah kapal tangki dan bot nelayan tempatan yang dikesan melakukan pelbagai kesalahan di tahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) di perairan Johor Timur, di sini kelmarin.
Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, kapal tangki yang berdaftar di Ulaan Baatar, Mongolia ditahan kira-kira jam 12.10 tengah hari ketika berlabuh pada kedudukan 3.6 batu nautika di timur Tanjung Penyusop.
Iklan
Iklan
Menurutnya, bot nelayan tempatan pula ditahan kira-kira jam 1.30 petang pada kedudukan 10 batu nautika timur Tanjung Balau.
"Pemeriksaan ke atas kapal tangki mendapati terdapat empat lelaki termasuk nakhoda warga Myanmar dan India berusia antara 27 hingga 50 tahun mengendalikan kapal tangki tersebut.
Iklan
"Kapal tangki tersebut berlabuh tunggu tanpa pemakluman atau kelulusan Ketua Pengarah Laut Malaysia. Kes disiasat mengikut Seksyen 491B (L), OPS 1952.
"Kapal tangki tersebut turut disiasat mengikut Seksyen 280 Kanun Keseksaan kerana belayar dengan cuai atau berbahaya dengan jumlah kru yang tidak mencukupi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Iklan
Sementara itu katanya, bot nelayan tempatan kelas C yang dikendalikan tiga lelaki termasuk tekong berusia antara 34 hingga 41 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 8(b), Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen kerana menangkap ikan kurang dari 12 batu nautika dan awak-awak Indonesia bertindak sebagai nakhoda.
"Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.
"Bot nelayan tempatan kelas C yang dikendalikan tiga lelaki termasuk tekong berusia antara 34 hingga 41 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 8(b), Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen menangkap ikan kurang dari 12 batu nautika dan awak-awak Indonesia bertindak sebagai nakhoda
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lagi kes kanak-kanak diserang anjing liar: Alif keluar beli ubat, hanya 200 meter dari rumah"><meta itemprop="description" content="Hasrat seorang remaja lelaki membeli ubat untuk adiknya yang demam bertukar detik cemas apabila dia diserang anjing liar di Kawasan Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri, pada awal pagi Isnin.
Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerkam dan menggigit kaki kirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800262/edisi/johor/lagi-kes-kanak-kanak-diserang-anjing-liar-alif-keluar-beli-ubat-hanya-200-meter-dari-rumah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #anjingliar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-13T07:38:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/fuseA1gpU0AvlcZrk/x1080"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbmesju"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbmesju"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbmesju"></script>