Isu warganegara: Tolak ansur, beri peluang pada kerajaan
Iklan
Saifuddin ketika sidang media selepas Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 Tahun 2024 di Pulapol hari ini. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Semua pihak diminta memberi ruang kepada kerajaan mencari jalan penyelesaian berhubung cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan yang dikemukakan baru-baru ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara seumpama itu memerlukan sifat tolak ansur daripada semua pihak setelah dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, pihak berkepentingan perlu mengambil pendekatan memberi dan menerima, selain berusaha mencari jalan tengah berhubung isu tersebut.
"Kita hendak laksanakan sebanyak lapan, kemudian kerajaan cuma dapat teruskan sebanyak tujuh dan satu tidak dapat dilakukan.
Iklan
"Semangat yang diambil oleh kerajaan adalah jika tidak dapat capai semua, kita juga tidak boleh tinggal semua.
"Maka semangat sama perlu ada pada pihak aktivis atau badan bukan kerajaan (NGO) dalam perkara ini," katanya pada Isnin.
Iklan
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis sambutan peringatan Hari Polis Ke-217 Tahun 2024 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol), dekat sini.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hadir sama Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, tidak semua perkara yang dituntut perlu didengar dan dilaksanakan oleh kerajaan.
Jelasnya, sikap memberi dan menerima perlu ada pada NGO bagi menyelesaikan isu kewarganegaraan.
Kata beliau, aktivis dan NGO harus menerapkan semangat yang sama seperti yang diamalkan oleh kerajaan.
"Anda mungkin fikir pendapat anda betul, tetapi ia tidak selalunya benar.
"Maka beri sedikit ruang kepada pihak kerajaan untuk menyelesaikannya kerana paling penting, kita semua mahu selesaikan isu ini," ujarnya.
Pada Jumaat lalu, Saifuddin mendedahkan, kerajaan bersetuju dengan tujuh daripada lapan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan yang dikemukakan oleh KDN.
Perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ancaman keselamatan global: Mekanisme pengurusan krisis perlu terus diperkukuh - Anwar"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan memperkukuh tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan ancaman keselamatan global, termasuk memastikan bekalan makanan, air dan tenaga negara mencukupi serta tidak terganggu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan konflik antarabangsa menunjukkan ancaman keselamatan kini bukan sahaja melibatkan peperangan konvensional, malah merangkumi serangan siber, penyebaran maklumat palsu, sabotaj infrastruktur kritikal serta gangguan rantaian bekalan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803042/berita/nasional/ancaman-keselamatan-global-mekanisme-pengurusan-krisis-perlu-terus-diperkukuh---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #ancamankeselamatanglobal #sidangdewanrakyat #pm"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T04:09:28.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P282S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt16xy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt16xy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt16xy"></script>