[VIDEO] ‘Malaysia berpotensi jadi sasaran serangan siber’ – PM
Iklan
KUALA LUMPUR – Malaysia antara negara yang berpotensi menjadi sasaran serangan siber berikutan kekuatan negara dalam sektor digital dan pusat data selain pendirian berhubung isu Palestin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh kerajaan, namun tidak semua butiran berkaitan ancaman berkenaan boleh didedahkan kepada umum.
Iklan
Iklan
"Malaysia tentunya antara yang dianggap menjadi sasaran. Ada dua perkara (kenapa negara berpotensi jadi sasaran). Pertama, kerana kekuatan kita dalam soal digital dan pusat data, (kita) antara terkuat, kalau dalam angka terakhir kekuatan kita itu boleh menyaingi Eropah.
"Kedua, kerana pendirian kita dalam beberapa isu yang dianggap kontroversi oleh sesetengah negara terutama Eropah dan Amerika (Syarikat), khususnya soal Palestin dan Gaza," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika menjawab celahan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) mengenai sama ada Malaysia menjadi sasaran serangan berdasarkan maklumat risikan kerajaan.
Anwar berkata, kerajaan memandang serius perkembangan ancaman keselamatan antarabangsa susulan maklumat terkini yang diperoleh daripada agensi berkaitan termasuk Menteri Dalam Negeri.
Iklan
Menurutnya, kerajaan turut mengadakan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Isnin bagi meneliti implikasi serangan hibrid, digital dan siber serta ancaman keselamatan yang berlaku di beberapa negara.
Katanya, mesyuarat itu juga membincangkan mekanisme sedia ada dan keperluan penyelarasan lebih rapi antara kementerian, agensi serta pasukan keselamatan bagi memastikan negara bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Beliau turut mendedahkan bahawa kegiatan beberapa badan risikan luar negara termasuk Israel yang beroperasi di negara jiran serta kewujudan penempatan warga Israel di Phuket dan selatan Thailand dilihat oleh badan risikan Malaysia sebagai potensi ancaman kepada negara.
Anwar menegaskan, kerajaan juga mengambil maklum tindakan beberapa negara seperti Kesatuan Eropah, Kanada dan Jepun yang mengeluarkan arahan serta nasihat kepada rakyat masing-masing supaya mempunyai stok bekalan makanan antara tiga hingga 10 hari.
"Jangan kita fikir ancaman ini jauh daripada kita kerana apa yang berlaku di Eropah, Amerika dan Jepun itu memang menggemparkan negara masing-masing," ujarnya.
Sehubungan itu, Anwar berkata, kerajaan mengambil langkah memperkukuh penyelarasan antara kementerian dan agensi, meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi ancaman serta melindungi infrastruktur dan sektor strategik negara.
Beliau memaklumkan, kerajaan turut memberi penekanan terhadap kesiapsiagaan rakyat dan masyarakat selain memperkukuh keupayaan agensi serta penggunaan teknologi bagi menghadapi ancaman termasuk serangan siber.
Anwar berkata, beliau juga telah meminta Ketua Pengarah MKN mengadakan taklimat khas secara tertutup kepada semua ahli Parlimen dalam tempoh satu atau dua hari ini mengenai perkara berkenaan sekiranya mendapat persetujuan kedua-dua pihak.
"Saya percaya perkara ini sangat penting kerana daripada maklumat yang diperoleh petang semalam dan juga pagi tadi daripada Menteri Dalam Negeri, hal ini jangan kita pandang ringan.
“Jadi saya mohon kerjasama semua di Parlimen (sama ada wakil rakyat) kerajaan dan pembangkang memberikan ruang kepada MKN (memberi taklimat) dalam tempoh satu dua hari (lagi) untuk mendengar sendiri perkembangan mutakhir," kata beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ancaman keselamatan global: Mekanisme pengurusan krisis perlu terus diperkukuh - Anwar"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan memperkukuh tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan ancaman keselamatan global, termasuk memastikan bekalan makanan, air dan tenaga negara mencukupi serta tidak terganggu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan konflik antarabangsa menunjukkan ancaman keselamatan kini bukan sahaja melibatkan peperangan konvensional, malah merangkumi serangan siber, penyebaran maklumat palsu, sabotaj infrastruktur kritikal serta gangguan rantaian bekalan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803042/berita/nasional/ancaman-keselamatan-global-mekanisme-pengurusan-krisis-perlu-terus-diperkukuh---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #ancamankeselamatanglobal #sidangdewanrakyat #pm"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T04:09:28.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P282S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt16xy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt16xy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt16xy"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>