8,000 warga Gaza berbuka puasa, sahur sumbangan rakyat Malaysia

Iklan
KANAK-KANAK Palestin turut mendapat manfaat hasil sumbangan daripada rakyat Malaysia.

HASIL sumbangan orang ramai melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim Volunteer Malaysia (MVM), kira-kira 45 periuk besar makanan berjaya disediakan untuk warga Gaza, Palestin Selasa lalu.

Ketua Pegawai Operasi MVM, Muhammad Hasbullah Md Najib berkata, seramai 8,000 orang penduduk Palestin di kem Deir el Balah dan kem Nusairat yang kini berada dalam krisis kebuluran akibat peperangan mendapat manfaat sumbangan tersebut.

Iklan
Iklan

KERJASAMA baik dengan NGO di Palestin memudahkan MVM menyalurkan bantuan kepada penduduk di Gaza.

"Alhamdulillah, hasil sumbangan daripada penyumbang sekalian, MVM telah berjaya menyediakan bantuan berbuka puasa dan sahur.

Iklan

Beliau berharap orang ramai terus menghulurkan sumbangan agar mereka dapat menyalurkan bantuan lebih banyak di sana.

RAKYAT Palestin terutamanya yang tinggal di kem Deir el Balah dan kem Nusairat menerima pek makanan hasil sumbangan rakyat Malaysia.

Iklan

"Teruskan bersama kami membantu warga Gaza yang sedang menghadapi kesukaran akibat peperangan ini.

"Orang ramai yang ingin menyumbang boleh dimasukkan ke akaun Maybank Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia 5648 0164 7699 dengan rujukan Kecemasan Palestin,” katanya.

Tambahnya, orang ramai juga boleh klik pautan yang disediakan di laman web MVM iaitu https://donationmvm.org/donations/tabung-kecemasan-palestin-23/

PETUGAS sukarelawan menyediakan hiadangan berbuka puasa dan sahur buat warga Gaza di Palestin.

Tinjauan di laman web MVM pada Isnin mendapati lebih RM130,000 telah berjaya dikutip daripada orang ramai.

Israel juga telah mengenakan sekatan yang melumpuhkan Semenanjung Gaza, menyebabkan penduduknya, terutamanya penduduk utara Gaza, berada di ambang kebuluran.