Menang, pencapaian, cipta sejarah penting dalam sukan - TMJ
Iklan
Tunku Ismail
KEMENANGAN, pencapaian dan mencipta sejarah merupakan perkara paling utama dalam sukan terutama bola sepak, menurut Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Liga Malaysia (Liga-M), Johor Darul Ta'zim (JDT) juga menegaskan kejayaan dan keuntungan kewangan merupakan pencapaian penting dalam usaha mencipta sejarah.
Iklan
Iklan
Tegasnya, kehebatan seseorang individu itu dalam industri pertandingan sukan terutama bola sepak tidak akan bermakna sekiranya berada di tempat yang salah.
"Kerana ia (sukan) adalah mengenai kemenangan, pencapaian dan mencipta sejarah. Dalam kerjaya ini, kejayaan dan keuntungan, kewangan anda perlu berjalan seiring.
Iklan
"Jika tidak, anda hanyalah sekadar salah seorang lagi pemain. Salah seorang daripada yang ramai lagi. Ia adalah dunia yang kejam.
Pada masa sama tegas Tunku Ismail, pengetahuan dan kebijaksanaan membuat keputusan merupakan senjata.
Iklan
"Senjata anda adalah pengetahuan anda dan kebijaksanaan membuat keputusan. Kehidupan, kerjaya anda adalah berdasarkan keputusan-keputusan yang anda buat. Gunakannya dengan bijak.
"Kerana pada penghujungnya, orang yang kononnya menganggap mereka tahu apa yang terbaik untuk anda, tidak akan berada dengan anda ketika anda menderita.
"Andalah yang menjaga diri anda sendiri dan itulah kenyataan yang menyedihkan,” katanya.
Harimau Selatan kendalian Hector Bidoglio akan ke Sepanyol bagi aksi pramusim sebelum menyingkap saingan Liga Super 2024/25, pada Mei depan.
Sebagai rekod, JDT menyapu bersih semua empat trofi (Piala Sumbangsih, Piala FA, Piala Liga Super dan Piala Malaysia) dalam saingan Liga-M dua musim berturut-turut selepas melakar pencapaian sama musim lalu.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
BERITA SEMASA 10 MEI 2024
Peminat sukan bola sepak tanah air boleh menarik nafas lega susulan pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim, yang menjalani pembedahan ketiga petang semalam, terus menunjukkan reaksi positif selain sudah menyatakan hasrat mahu pulang.
Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata pembedahan yang mengambil masa kira-kira tiga jam itu tertumpu pada prosedur 'skin allograft' atau tampalan kulit yang diimport dari Belgium dan Faisal menunjukkan semangat luar biasa untuk kembali pulih seperti sedia kala.
Shahril berkata pemain berusia 25 tahun itu akan mengharungi pembedahan susulan lain selepas ini namun ketika ini Faisal memerlukan rehat secukupnya untuk memastikan tampalan kulit yang tertumpu pada bahagian lengan dan rusuk 'serasi' dengan dirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664033/berita/sukan/doakan-faisal-pulang-sebelum-aidiladha
Muzik: Anotherchance dari www.bensound.com