FIFA batal perlawanan kelayakan Piala Dunia Korea Utara, Jepun
Iklan
JEPUN dijangka diisytiharkan sebagai juara kelayakan Piala Dunia 2026 di Korea Utara selepas badan induk bola sepak, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkata pada Sabtu bahawa perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Pyongyang tidak akan diadakan, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Berita itu muncul selepas Konfederasi Asia berkata, Korea Utara mahu memindahkan perlawanan yang dijadualkan Selasa ke venue berkecuali kerana keadaan yang tidak dapat dielakkan.