Hungary mahu hidupkan semula rundingan FTA EU-Malaysia
Iklan
Laporan Sinar Harian pada 16 Mac lalu.
KUALA LUMPUR - Hungary yang bakal mengambil alih penggiliran sebagai presiden Kesatuan Eropah (EU), berminat untuk menghidupkan semula rundingan berkaitan perjanjian perdagangan bebas (FTA) blok berkenaan dengan Malaysia.
Kedutaan Hungary di Malaysia menerusi catatan di laman facebook hari ini berkata, hasrat itu telah disampaikan oleh Menteri Luar dan Perdagangan Hungary, Peter Szijjarto yang dalam rangka lawatan ke Malaysia, kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia Belvinder Sron, menerusi satu pertemuan di sini.
Iklan
Iklan
"Menteri berkenaan turut menyatakan bahawa Hungary dalam menggalas kapasiti sebagai presiden EU pada separuh kedua 2024, akan memulakan semula rundingan perdagangan bebas EU-Malaysia yang telah tertangguh sebelum ini,” katanya.
Kedutaan itu berkata Szijjarto, yang dalam misi lawatan kerja sehari ke Malaysia pada Rabu, 20 Mac 2024, turut menekankan kepentingan bagi meningkatkan lagi hubungan ekonomi di peringkat luar EU.
Iklan
Malah, beliau juga berkata bahawa Putrajaya dan Budapest akan menyambung semula mesyuarat pertama jawatankuasa bersama Hungary-Malaysia.
Malaysia merupakan destinasi persinggahan terakhir Szijjarto di Asia Tenggara selepas mengunjungi Thailand dan Singapura.
Iklan
Sewaktu berada di negara ini, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan selain Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan lawatan rasmi ke Jerman baru-baru ini telah menyatakan bahawa kini tiba masanya bagi Malaysia dan EU untuk menghidupkan semula rundingan mengenai FTA berkenaan dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan integrasi serantau.
Pada tahun lepas, hubungan dua hala antara Malaysia dan Hungary bernilai RM3.08 bilion dengan eksport berjumlah RM2.38 bilion manakala import bernilai RM0.70 bilion.
Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), rundingan FTA Malaysia-EU (MEUFTA) yang ditangguhkan pada 2012 secara rasminya telah dimulakan pada 5 Oktober 2010, dengan lapan pusingan rundingan diadakan bagi tempoh Disember 2010 hingga September 2012. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>