Sarawak tubuhkan Lembaga Pelabuhan Berpusat urus semua pelabuhan negeri
Iklan
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadlilah Yusof (kanan) menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian persefahaman berkaitan penukaran status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutuan Kepada Pelabuhan Negeri Sarawak antara Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (kiri) dengan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas (kanan) di Bangunan Perdana Putra, pada Jumaat. Foto Bernama
PUTRAJAYA - Sarawak akan menubuhkan Lembaga Pelabuhan Berpusat yang berfungsi sebagai pusat pengurusan untuk semua pelabuhan yang terletak di negeri itu, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata, pusat itu akan memberi impak yang signifikan kepada pembangunan yang sedang berjalan di Sarawak, terutamanya fungsi pelabuhan dalam memastikan ekonomi negeri dan negara berkembang dengan pesat.
Iklan
Iklan
"Sarawak merupakan pengeksport banyak bahan sumber dan di bawah PCDS (Strategi Pembangunan Pasca Covid-19), ia sedang membangunkan industri tenaga yang boleh diperbaharui.
"Sudah tentu semua pelabuhan ini akan memainkan peranan yang penting. Buat masa ini kita juga sedang bangunkan industri-industri yang agak baru umpamanya hidrogen, dan hidrogen ini memerlukan terminal khusus dan sudah tentu ia akan menjadi satu-satunya pembangunan yang harus kita laksanakan di kawasan Bintulu,” katanya di sini, pada Jumaat.
Iklan
Abang Johari berkata demikian selepas pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) penukaran status Pelabuhan Bintulu kepada Pelabuhan Negeri Sarawak yang dijangka selesai tahun ini.
MoU itu dimeterai di antara Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Negeri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Iklan
Dalam perkembangan yang sama, Abang Johari berkata, jumlah kargo di pelabuhan Sarawak di jangka bertambah selaras dengan peningkatan eksport bagi produk-produk tenaga hijau.
"Dari segi kargo memang ia akan bertambah dan saya yakin bahawa dengan pengurusan berpusat di bawah kerajaan negeri, kita dapat menyelaraskan ke semua sumber eksport kita ke pelabuhan-pelabuhan yang strategik.
"Dan pelabuhan Bintulu adalah satu pelabuhan yang strategik kalau kita kaji daripada aliran trafik di antara barat dan timur. Kita yakin Bintulu akan memberikan impak bukan sahaja untuk Sarawak tetapi untuk Malaysia amnya.
"Saya juga merasakan pembangunan di masa depan akan bergantung kepada tenaga hijau dan kita menumpukan kepada tenaga hijau yang membolehkan para pelabur datang dan ia selaras dengan trend global yang menekankan kepada tenaga hijau," katanya.
Abang Johari juga turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan untuk komitmen penukaran status Pelabuhan Bintulu kepada Pelabuhan Negeri Sarawak.
Kerajaan Madani menerusi pembentangan Belanjawan 2024, dilaporkan berkata bahawa ia menyokong hasrat kerajaan negeri Sarawak untuk menjadikan Pelabuhan Bintulu sebagai pelabuhan negeri bagi melengkapkan ekosistem ekonomi Sarawak.
BERITA SEMASA 10 MEI 2024
Seekor buaya tembaga berjaya ditangkap selepas tersangkut pada pukat penduduk kampung dalam kejadian di Sungai Nipah Tambisan di Felda Sahabat, pada Rabu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Buaya jantan yang mengalami kudung pada kaki depan sebelah kiri itu dianggarkan seberat 900 kilogram berjaya ditangkap selepas lebih tiga jam operasi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lahad Datu, Kapten (PA) Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung pada jam 9 pagi.
Jelasnya, sepasukan anggota APM dikejar ke lokasi sebaik menerima laporan tersebut dan operasi menangkap buaya dilakukan dengan menggunakan kaedah tali.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664034/edisi/sabah-sarawak/lebih-tiga-jam-tangkap-buaya-tembaga-900kg
Muzik: Elevate dari www.bensound.com