Rafah harapan terakhir Gaza - UNICEF

Iklan
Dunia tidak boleh lagi berdiam diri kerana kanak-kanak di Palestin memerlukan gencatan senjata sekarang. - Foto fail AP

JURUCAKAP Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), James Elder berkata, bandar selatan di Gaza merupakan ‘rumah’ kepada beberapa"hospital, tempat perlindungan, pasar dan sistem air terakhir" di enklaf pantai itu.

"Rafah adalah harapan terakhir Gaza," katanya dalam catatan di X.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu dibuat ketika Israel sedang bersiap untuk melancarkan serangan darat ke atas Rafah, di mana lebih satu juta penduduk Palestin yang terlantar berlindung di kem-kem yang sesak.

Dunia, tegasnya, tidak boleh lagi berdiam diri kerana kanak-kanak memerlukan gencatan senjata sekarang. - Al Jazeera

Iklan
Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!