Stoking kalimah ALLAH: MPBP batal lesen syarikat Xin Jian Chang

Iklan
MPBP membatalkan lesen operasi kilang milik syarikat Xin Jian Chiang dalam Kawasan Perindustrian Sri Gading di Batu Pahat pada Khamis.

BATU PAHAT - Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) membatalkan lesen operasi syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd iaitu sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Sri Gading di sini yang dikaitkan dengan pengedaran stoking tertera kalimah ALLAH.

MPBP menerusi hantaran dalam Facebook rasminya pada Khamis memaklumkan, satu notis pembatalan lesen berkenaan sudah diserahkan kepada pengarah urusan syarikat Xin Jian Chang, Soh Hui San.

MPBP menerusi hantaran dalam Facebook rasminya pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. MPBP mendokong penuh titah DYAM Pemangku Sultan Johor bagi terus mempertahankan kemuliaan Islam di negeri Johor.

"Hasil siasatan mendapati empat premis berkenaan tidak mempunyai barangan yang dimaksudkan iaitu stoking yang tertera kalimah ALLAH di premis tersebut," menurut kenyataan tersebut.

Iklan

Terdahulu pihak pengurusan kilang tersebut tampil memohon maaf kepada rakyat Malaysia menerusi kain rentang yang digantung di pintu pagarnya, pada Rabu.

Pada kain rentang berkenaan juga pihak kilang berjanji akan memastikan sensitiviti masyarakat berbilang agama terjaga, keharmonian terpelihara selain meningkatkan usaha bagi kawalan kualiti.

Iklan

Sebelum itu, polis telah memanggil tiga individu melibatkan pemilik, pengurus dan pekerja kilang berkenaan untuk diambil keterangan berhubung isu stoking yang tertera kalimah ALLAH yang dijual di sebuah kedai rangkaian serbaneka, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) di Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28