'Tidak ramai tahu lemang tepung'
Iklan
Lemang bulu yang siap dibakar.
KUALA PILAH - Sekali pandang, ia sama seperti lemang diperbuat daripada beras pulut yang menjadi juadah tradisional popular setiap kali sambutan hari raya.
Namun ia sebenarnya adalah lemang tepung yang menjadi antara juadah tradisional Negeri Sembilan. Ada juga yang menjadikannya sebagai pemanis mulut sepanjang Ramadan terutamanya ketika berbuka puasa.
Iklan
Iklan
Nafsiah Dagang, 72, berkata, proses pembuatannya tidak jauh berbeza dengan lemang beras pulut biasa dan mengambil masa antara satu hingga dua jam untuk dimasak.
"Bahan-bahan digunakan tak banyak iaitu tepung gandum, santan dan gula merah. Kalau nak lagi sedap boleh gunakan gula anau.
Iklan
"Ia boleh diketahui sudah masak apabila isinya sedikit terkeluar dari bahagian atas buluh,” katanya.
Nafsiah menunjukkan lemang tepung yang dihasilkan penduduk secara bergotong-royong di Kampung Air Kuning, Kuala Pilah baru-baru ini.
Bagaimanapun katanya, pembuatan lemang tepung agak renyah kerana perlu memastikan adunan bahan-bahannya tidak berketul sebelum dimasukkan ke dalam buluh.
Iklan
Tambahnya, ia juga tidak boleh diisi terlalu penuh kerana isinya mudah melimpah semasa dibakar dan juga tidak boleh terlalu lembik.
"Kalau tak habis makan boleh disimpan dalam peti ais dan apabila mahu makan semula boleh dipanaskan dengan mengukusnya,” katanya.
Lemang tepung agak sukar diperoleh pada hari ini kerana ramai yang tidak tahu mengenainya.
"Sungguhpun begitu lemang tepung ini ada peminat yang tersendiri.
"Rasanya berlemak dan manis disebabkan gula merah dan rupanya seakan-akan kuih kaswi,” katanya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.