HONOR lancar tiga flagship Siri Magic baharu
Iklan
Justin (kiri) dan Matthew menunjukkan tiga telefon pintar Siri Magic.
[DIKEMAS KINI] HONOR Malaysia pada Rabu melancarkan tiga telefon pintar flagship baharu iaitu HONOR Magic6 Pro, PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR dan PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR yang ditawarkan pada harga bermula RM4,499.
Serentak dengan pengenalan peranti baharu dalam Siri Magic HONOR berkenaan, HONOR Malaysia turut melancarkan tablet terbaharu, HONOR Pad 9 yang direka untuk kerja dan hiburan.
Iklan
Iklan
Menerusi PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR pula, HONOR Malaysia juga mengumumkan kerjasama terbaharu jenama itu dengan Porsche.
Timbalan Pengarah Negara HONOR Malaysia, Matthew Ng berkata, HONOR Magic6 Pro menawarkan kemajuan dalam fotografi, paparan, prestasi dan pengalaman pengguna dikuasakan kecerdasan buatan (AI).
Iklan
Katanya, peranti itu tampil dengan Sistem Kamera Falcon yang dinaik taraf terdiri daripada Kamera Utama 50MP, Kamera Ultra Lebar 50MP dan Kamera Tele-falcon HONOR 180MP.
"Kamera Tele-falcon mempunyai keupayaan zum digital 100X mengagumkan untuk menangkap imej zum dekat dengan lebih jelas, sangat sesuai untuk acara sukan.
Iklan
"Menariknya, algoritma ‘HONOR AI Motion Sensing Capture’ mampu meramalkan detik terbaik dan menghasilkan gambar dalam definisi ultra tinggi,” katanya pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur.
Menurutnya, bagi memberi pengalaman pengguna terbaik, skrin HONOR Magic6 Pro dihasilkan daripada Pelindung NanoCrystal HONOR yang sepuluh kali lebih kuat daripada kaca biasa.
HONOR Magic6 Pro dijual pada harga RM4,499.
Ujar beliau, selain itu, peranti tersebut didatangkan dengan Paparan Keselesaan Mata LTPO Kuasa Rendah Semua Julat 6.8-inci yang terkemuka dalam industri untuk kesihatan mata pengguna.
"Dengan generasi kedua bateri karbon silikon 5,600mAh, pengguna usah bimbang tentang bateri cepat habis. Ia disokong pengecas pantas berwayar HONOR Wired SuperCharge 80W dan mampu membekalkan kuasa yang penuh dalam tempoh kurang 40 minit,” jelasnya.
Sementara itu, Pengarah Negara HONOR Malaysia, Justin Li berkata, HONOR Pad 9 dilengkapi paparan keselesaan mata dan hadir dengan 8GB HONOR RAM Turbo yang boleh ditingkatkan kepada 16GB dan memori 256GB.
Beliau menjelaskan, ia bagi membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak koleksi multimedia serta melakukan pelbagai tugas dengan lancar dan prestasi cekap.
"Selain itu, bersama siri Magic6, HONOR turut memperkenalkan PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR yang diilhamkan daripada sukan permotoran dan ia tampil dengan reka bentuk hud Porsche 911.
"Berat peranti ini 234 gram dan hanya 9.9 milimeter (mm) tebal. Ini menjadikannya telefon boleh lipat ini paling nipis dan ringan di dunia,” katanya.
Justin menambah, PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR pula diinspirasikan daripada reka bentuk kereta mewah Porsche Taycan.
Jelasnya, bahagian hadapan telefon pintar itu dilengkapi dengan HONOR Anti-calar NanoCrystal Shield yang terkemuka dalam industri dan dibuat daripada silikon nitrida, bahan kukuh dalam industri aeroangkasa dan automotif bagi memberi ketahanan jangka panjang.
Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua peranti terbaharu tersebut boleh melayari laman sesawang https://bit.ly/HONORMagic6ProPR.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.