Isu kepadatan murid SK Cyberjaya akan dirujuk kepada PM - MP Sepang
Iklan
Aiman Athirah
SHAH ALAM - Isu kepadatan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya akan dirujuk semula kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pertimbangan.
Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu menjelaskan isu kepadatan murid di sekolah berkenaan telah disuarakan dan dibincangkan dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang.
Iklan
Iklan
Ujarnya yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, hal itu juga telah dimajukan untuk perhatian Kementerian Pendidikan (KPM) dan Fadhlina.
"Saya juga mengambil maklum projek pembinaan SK 2 Cyberjaya yang telah pun dimulakan dan dijangka siap pada 2028.
Iklan
"Sejak tahun lepas, beberapa tindakan dan cadangan telah dimaklumkan oleh PPD Sepang kepada saya dalam menghadapi situasi ini.
"Ia termasuklah penyuraian pelajar ke beberapa sekolah berhampiran, rancangan penyediaan bangunan kelas kabin sementara menanti bangunan SK 2 Cyberjaya siap dan kewajaran menyewa bangunan sementara untuk dijadikan sekolah dan kelas," katanya dalam satu kenyataan.
Aiman Athirah ketika mengadakan perbincangan dengan pegawai PPD Sepang.
Iklan
Malah Aiman Athirah menambah, beliau difahamkan semua perkara tersebut sudah berada dalam pertimbangan dan tindakan pihak KPM.
Pada Sabtu, Aiman Athirah mengadakan perbincangan dengan pegawai PPD Sepang dan seterusnya melawat ke lokasi cadangan awal bangunan sekolah sementara SK Cyberjaya 2 di CoPlace 13 Cyberjaya.
Lawatan berkenaan bagi merundingkan beberapa hal untuk kepentingan, kesejahteraan dan keselesaan murid di sekolah berkenaan.
"Saya komited untuk membawa isu-isu ini kembali ke perhatian Menteri Pendidikan dan Perdana Menteri untuk dipertimbangkan seihsannya.
"Saya yakin kerajaan Malaysia Madani akan sentiasa menimbangkan yang terbaik untuk kelestarian pendidikan negara," katanya.
Kerajaan Selangor mengambil langkah awal untuk menamatkan sepenuhnya kaedah penternakan babi secara tradisional di Tanjung Sepat, Kuala Langat yang terbukti mencetuskan pencemaran, sebelum beralih kepada konsep penternakan moden yang diusahakan oleh pihak swasta.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendekatan itu selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu isu pencemaran akibat aktiviti penternakan di Tanjung Sepat, Kuala Langat ditangani segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763821/edisi/selangor-kl/selangor-tutup-kaedah-penternakan-babi-tradisional-cemar-sungai-alam-sekitar---amirudin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com