Lelaki ditahan terbabit lima kes simbah cat merah

Iklan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian simbah cat merah dan menampal nota ugutan di kawasan Johor Bahru pada Jumaat. Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian simbah cat merah dan menampal nota ugutan di kawasan Johor Bahru pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berumur 37 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima menerima laporan berkaitan kejadian simbahan cat merah pada pagar rumah pengadu berserta satu nota ugutan pukul 3.58 pagi semalam.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, polis turut merampas pelbagai barang seperti telefon bimbit, kad akses, sebuah kereta, empat kertas putih A4 bertulis nota ugutan serta nombor telefon Singapura dengan tulisan berwarna merah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Iklan

Raub berkata, ekoran penahanan lelaki itu polis berjaya menyelesaikan lima kes simbahan cat di bandar raya ini yang didalangi sindiket pinjaman wang tanpa lesen. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan