Penghantar makanan maut rempuh belakang lori di lorong kecemasan

Iklan
Seorang lelaki warga tempatan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dengan sebuah lori di kilometer (KM) 12.2 Lebuh Raya Senai Desaru menghala Senai pada petang Khamis. - Foto dijana oleh AI 123rf. Gambar kecil: Raub

JOHOR BAHRU – Seorang penghantar makanan maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di kilometer (KM) 12.2 Lebuh Raya Senai Desaru menghala Senai pada petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan terbabit dipercayai berlaku sekitar jam 2.45 petang ketika mangsa menunggang motosikal seorang diri di lebuh raya berkenaan.

Iklan
Iklan

"Akibat kemalangan tersebut lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Iklan
Iklan

Polis memohon saksi awam yang melihat kejadian terbabit agar tampil ke Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan untuk memberikan keterangan kepada pihak polis atau berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Nur Fathihah Ismail di talian 010-4171762.