Ahli perniagaan buat laporan polis dikaitkan 'raja dadah' di India

Iklan
Datuk Abdul Malik Dasthigeer atau lebih dikenali sebagai Datuk Malik (kiri) menerusi perkongsian di laman sosialnya pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Datuk Abdul Malik Dasthigeer atau lebih dikenali sebagai Datuk Malik, membuat laporan polis selepas dirinya dikaitkan dengan individu disyaki ‘raja dadah’ India.

Iklan
Iklan

Abdul Malik menerusi perkongsian di laman sosialnya, menafikan pernah bertemu atau bercakap dengan individu terbabit.

Susulan itu, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan menghantar salinan laporan tersebut kepada Suruhanjaya Tinggi India, bagi tindakan lanjut diambil terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu terbabit.

Iklan

Sebelum ini, sebuah portal berita dalam talian mendakwa bos kepada ‘raja dadah India’ yang merupakan seorang pengedar filem warga Malaysia, didakwa mempunyai hubungan rapat dengan selebriti industri filem Tamil dan sedang berada di negara ini.

Ini susulan seorang lelaki ditahan Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) India, selepas didakwa mempunyai kaitan dengan penyeludupan dadah antarabangsa termasuk di Malaysia.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung perkara terbabit.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin menafikan penglibatan rakyat negara ini, susulan penahanan seorang penerbit filem di India yang didakwa terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah antarabangsa termasuk di Malaysia.

Beliau berkata, risikan setakat ini mendapati tiada sebarang maklumat tentang penglibatan penerbit filem itu dengan mana-mana individu warganegara ini, dalam aktiviti pengedaran dadah di Malaysia.- Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28