PDRM nafi warga Malaysia terlibat kes pengedaran dadah antarabangsa
Iklan
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan penglibatan rakyat negara ini susulan penahanan seorang penerbit filem di India yang didakwa terlibat aktiviti pengedaran dadah antarabangsa termasuk Malaysia baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, risikan setakat ini mendapati tiada sebarang maklumat tentang penglibatan penerbit filem itu dengan mana-mana individu warganegara ini dalam aktiviti pengedaran dadah di Malaysia.