Bazar Raya KJIRM: Beri pilihan beli barang pada harga berpatutan
Iklan
Gambar hiasan. Foto Bernama
KANGAR - Pengguna di Perlis mempunyai pilihan untuk membeli barangan keperluan Ramadan dan Aidilfitri pada harga berpatutan di Bazar Raya Karnival Jualan Ihsan Rahmah Madani (Bazar Raya KJIRM) yang akan bermula esok hingga 9 April ini di Dataran Lapang Kangar Jaya di sini.
Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis, Norazah Jaapar berkata, bazar raya yang merupakan ‘pusat sehenti’ kepada pengguna itu akan beroperasi dari 4 petang hingga 1 pagi.
Iklan
Iklan
"Bazar Raya KJIRM ini bermula esok, tetapi akan beroperasi sepenuhnya dengan pelbagai jualan pada hari kedua Ramadan. Ia merupakan pusat sehenti kepada pengguna untuk membeli barangan keperluan bagi Aidilfitri dengan harga berpatutan dan pelbagai pilihan, terdapat juga jualan juadah berbuka puasa.
"Kemudahan lain turut disediakan untuk keselesaan pengunjung bazar ini seperti surau, tempat makan dan tandas," katanya kepada Bernama selepas meninjau tapak Bazar Raya KJIRM di sini hari ini.
Iklan
Norazah berkata, bazar raya tersebut menampilkan 30 usahawan makanan dan 70 usahawan barangan seperti pakaian, aksesori serta kuih raya, selain KPDN akan memberikan e-dompet sebanyak RM20 kepada 500 pengunjung pertama pada setiap minggu.
"Turut disediakan kaunter bayaran zakat oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selain aktiviti ceramah agama setiap Khamis dan Ahad iaitu 45 minit sebelum berbuka puasa,” katanya.
Iklan
Beliau berkata, agihan bantuan zakat dan pek makanan kepada asnaf juga diadakan pada hari-hari terpilih sepanjang bazar raya itu berlangsung.
"KPDN berharap pelaksanaan bazar raya ini akan memberi manfaat kepada rakyat dan membantu meringankan beban mereka dalam memenuhi keperluan harian. Kami juga mengajak sesiapa sahaja sama ada di Perlis atau luar Perlis berkunjung ke bazar ini,” katanya.
Menurutnya, penganjuran bazar raya itu merupakan kerjasama antara KPDN Perlis dan rakan strategik seperti Mokti's, Pantas Utara, MyUS Group Companies serta Smart Leisure Travels. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.