KPM kekal iktiraf sekolah vernakular - Fadhlina

Iklan
Fadhlina ketika sidang akhbar selepas melawat Sekolah Kebangsaan Saujana Putra, Hulu Langat sempena pembukaan sesi akademik 2024/2015 pada Isnin.

KUALA LANGAT - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kekal mengiktiraf sekolah vernakular dalam kerangka pendidikan kebangsaan sekali gus memperkasakan Akta Pendidikan 1996.

Walau bagaimanapun Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya mengambil maklum gesaan sesetengah pihak untuk mengkaji semula sistem pendidikan vernakular.

Iklan
Iklan

"Kita mendengar pandangan tersebut (gesaan mengkaji semula sistem vernakular) tetapi untuk hari ini, pendirian KPM adalah untuk berdiri teguh dan memperkukuhkan Akta Pendidikan (1996).

Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh dilapor menggesa kerajaan untuk menilai semula sistem pendidikan vernakular termasuk aspek keselarasan silibus, penerapan nilai kenegaraan dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Iklan

Dalam pada itu Fadhlina menegaskan, KPM mempunyai perancangan untuk memperkasakan penggunaan bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan.

"Itu semestinya agenda besar dan saya fikir dalam kedudukan hari ini, bahasa kebangsaan masih menjadi keutamaan.

Iklan

"Komitmen kita juga adalah memperkukuhkan bahasa Inggeris," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28