Tersalah baca timbangan, peniaga jejaki semula pelanggan
Iklan
Afah (gambar kecil) memuat naik status di kumpulan Facebook untuk mencari pelanggan bagi menggantikan kerugian mereka
KOTA BHARU - Kejujuran seorang peniaga tembikai di Jalan Pasir Tumbuh di sini mendapat pujian ramai apabila dia mencari semula pelanggannya selepas terkhilaf membaca timbangan ketika berniaga buah berkenaan.
Afah Che Asea, 35, turut mengakui silap membaca angka di penimbang yang dipinjamkan seorang rakan peniaga kepadanya.
Iklan
Iklan
Afah yang baru sahaja mula berniaga tembikai menerima buah itu daripada pemborong pada 2 Mac lalu kira-kira jam 3 petang di tempat dia berniaga di Koperasi Sekolah Menengah Long Ghaffar 2.
"Selepas itu ada beberapa pelanggan yang mahu membeli tembikai sebelum saya menutup gerai pada jam 6 petang dan mereka termasuk dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan," katanya.
Iklan
Pada keesokan harinya, kata Afah lagi, seorang peniaga lain di sebelah gerainya terfikir harga buah yang ditimbang tidak masuk akal sebelum memintanya mengambil sepeket gula untuk ditimbang.
Ibu kepada lima anak itu memaklumkan, dia sangat terkejut kerana silap membaca nombor pada penimbang dan terus memuat naik status serta berkongsi gambar kedainya di satu kumpulan Facebook.
Iklan
"Pelanggan pula menerima sahaja tanpa sebarang komen menyebabkan saya rasa tembikai yang dijual pada harga RM2.50 sekilogram itu ditimbang dengan betul.
"Saya harap pelanggan yang nampak status itu datang ke gerai supaya dapat ditambah dengan tembikai lain atau menggantikan semula wang mereka.
"Saya tidak sengaja tetapi rasa sangat bersalah dan tidak senang hati untuk berniaga kerana memikirkan tiada keberkatan," katanya lagi.
Jelas Afah, sehingga kini masih belum ada pelanggan terbabit yang datang kembali ke gerai buahnya, namun dia lega kerana menerima beberapa komen 'menghalalkan' wang yang diberikan.
Bagaimanapun, wanita itu lebih gembira jika pelanggan menghubunginya kerana mahu meminta maaf dan menggantikan kerugian mereka.
"Saya masih ingat dalam tempoh kurang lapan jam berniaga, tidak sampai 10 pelanggan datang membeli tembikai.
"Mereka boleh hubungi saya di talian 0133904119," jelasnya.
Afah turut memberitahu, suaminya menyokong dan bersetuju dengan tindakannya untuk mencari pelanggan yang mungkin tidak dapat datang kerana jarak yang jauh.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.