KKM lulus peruntukan RM6.5 juta naik taraf HSNZ
Iklan
KKM lulus peruntukan RM6.5 juta bagi kerja pembaikan dan menaik taraf blok-blok yang terlibat di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Foto hiasan
KUALA TERENGGANU - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluluskan peruntukan sebanyak RM6.5 juta bagi kerja pembaikan dan menaik taraf blok-blok yang terlibat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.
KKM yang mengeluarkan kenyataan bersempena dengan lawatan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ke HSNZ hari ini memaklumkan peruntukan di bawah perolehan darurat itu adalah untuk menaik taraf blok-blok sedia ada di HSNZ.
Iklan
Iklan
"Beliau (Dr Dzulkefly) telah membuat tinjauan ke beberapa lokasi projek yang sedang berjalan di hospital ini. Satu daripada lokasi berkenaan ialah Blok D yang mengalami masalah kebocoran bumbung serius.
"KKM telah meluluskan peruntukan sebanyak RM6.5 juta di bawah perolehan darurat untuk menaik taraf blok-blok sedia ada di hospital ini dan Institut Latihan KKM bagi menempatkan perkhidmatan-perkhidmatan yang beroperasi di Blok D yang terjejas dengan masalah kebocoran terbabit," menurut KKM.
Iklan
Selain itu, Dr Dzulkefly juga melawat Pusat Rawatan Ibu dan Anak (PRIBA) di HSNZ bagi meninjau ruang yang boleh dinaik taraf untuk dijadikan Wad Obstetrik tambahan bagi mengatasi kesesakan di wad-wad sedia ada.
Projek naik taraf itu akan dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam permohonan projek KKM di bawah Rolling Plan 5, Rancangan Malaysia ke-12.
Iklan
Dalam pada itu, Dr Dzulkefly juga telah meneliti keperluan-keperluan peralatan perubatan yang mendesak di HSNZ dan beliau meluluskan peruntukan sebanyak RM380,000 bagi perolehan peralatan perubatan untuk Jabatan Pediatrik merangkumi pembelian inkubator, fluid management system dan vital sign monitoring.
"Beliau turut bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM120,000 bagi pembelian mesin ultrabunyi untuk kegunaan Klinik Kesihatan Kuala Kemaman yang sangat mendesak,” menurut KKM.
KKM juga memaklumkan dalam lawatan Dr Dzulkefly hari ini, beliau telah diberikan taklimat berkaitan Pelan Pembangunan HSNZ melibatkan projek-projek baharu dan naik taraf yang sedang dilaksanakan serta projek-projek dalam perancangan untuk dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan panjang.
"Pelan Pembangunan yang strategik amat diperlukan bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan hospital berkenaan yang merupakan hospital utama menjadi rujukan kepada hospital lain di Terengganu,” menurut KKM. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.