Hampir 9,500 pesakit baharu buah pinggang kronik perlu dialisis setiap tahun

Iklan
Sehingga kini kira-kira 4.7 juta individu mengalami CKD dan angka berkenaan membimbangkan. Gambar kecil: Lukanisman - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Penghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD) direkodkan semakin meningkat dengan hampir 9,500 pesakit baharu didaftarkan memerlukan rawatan dialisis setiap tahun, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Beliau berkata setakat ini, kira-kira 4.7 juta individu mengalami CKD dan angka berkenaan membimbangkan.

Iklan
Iklan

"Pada masa ini, terdapat banyak kemajuan dalam perawatan perubatan yang mampu mengawal penyakit kronik serta mengelakkan komplikasi memudaratkan. Bagi penjagaan CKD, kita (Kementerian Kesihatan) menyediakan rawatan yang bertepatan dan bersesuaian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di sini hari ini.

Iklan

Lukanisman berkata usaha membanteras semua bentuk punca masalah buah pinggang terutamanya diabetes dan pelbagai penyakit tidak berjangkit juga memerlukan pendekatan yang mampan daripada semua pihak termasuk kerajaan, swasta, industri dan rakyat.

"KKM (Kementerian Kesihatan) sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha mencapai matlamat untuk meningkatkan akses terhadap perkhidmatan kesihatan yang optimum dan berkualiti,” katanya. - Bernama

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28