Penunggang motosikal maut, orang ramai diminta tampil salur maklumat

Iklan
Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di Kilometer (KM) 45 Jalan Ipoh-Lumut.Gambar hiasan

IPOH - Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di Kilometer (KM) 45 Jalan Ipoh-Lumut.

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintende Hafezul Helmi Hamzah, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 6 Mac, Rabu lalu sekitar 10 malam.

Iklan
Iklan

"Kemalangan yang mengorbankan seorang lelaki yang merupakan penunggang motosikal itu berlaku di Jalan Ipoh-Lumut arah Lumut.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa berusia 50 tahun itu bergerak dari Ipoh ke Manjung.

Iklan

"Apabila sampai di tempat kejadian, motosikalnya dipercayai terbabas dan terjatuh ke sebelah kanan jalan.

"Susulan kemalangan itu, mangsa meningga dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, Inspektor Nur Muhammad Aizat Abdullah di 017-7041317 atau 05-3712222. - Awani

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28