Penyelia pengawal keselamatan parah ditembak jarak dekat

Iklan
Lokasi Penyelia pengawal keselamatan parah ditembak di Jalan Mokhtar, Kapar, Klang pada Rabu.

KLANG - Seorang penyelia pengawal keselamatan parah ditembak dalam kejadian di Jalan Mokhtar, Kapar, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, Balai Polis Kapar dimaklumkan kejadian itu selepas menerima panggilan dari Klinik Kesihatan Kapar pada jam 4.54 petang.

Iklan
Iklan



Vijaya Rao

"Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi mendapati mangsa ditembak oleh suspek yang menaiki kereta warna hitam dari jarak dekat.

Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian kes tembak di Kapar, Klang pada Rabu.

Susulan itu, menurutnya, bertindak hasil maklumat, bermula jam 10 malam hingga 1 pagi (Khamis), lima lelaki berusia lingkungan 40 hingga 45 tahun telah diberkas di sekitar Kapar untuk membantu siasatan.

Iklan

"Motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

"Pihak polis menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes untuk hubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan M Sathiyaseelan di talian 012-5197913," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!